Skip Navigation

National Geographic Society Este programa se distribuye en los Estados Unidos y Canadá por National Geographic y EHD. [obtenga más información]

DVD ilustrado plurilingüe

La biología del desarrollo prenatal




PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


 

Descargar versión en formato PDF  ¿Qué es PDF?
 

El embrión de 8 semanas

Capítulo 30   8 semanas: desarrollo del cerebro

Setelah 8 minggu, otak terbentuk sepenuhnya & adalah hampir separuh berat badan embrio.

Pertumbuhan berjalan pada kadar luar biasa.

Capítulo 31   Cualidad de diestro y zurdo

Pada 8 minggu, 75% embrio menunjukkan dominan tangan kanan. Yang selebihnya terbahagi sama rata antara dominan kidal dan tiada keutamaan. Ini bukti terawal kelakuan tangan kanan/kidal.

Capítulo 32   Voltearse

Buku-buku teks pediatrik menjelaskan keupayaan "berguling" bermula 10 - 20 minggu selepas kelahiran. Bagaimana pun, koordinasi mengagumkan ini berlaku lebih awal dalam kantung amnion berisi bendalir yang bergraviti rendah ini. Hanya ketiadaan kekuatan yang diperlukan untuk mengatasi tarikan graviti lebih tinggi di luar uterus menghalang bayi berguling.

Embrio menjadi semakin aktif secara fizikal pada waktu ini.

Pergerakan mungkin perlahan atau cepat, sekali atau berulang-ulang, secara spontan atau refleksif.

Pusingan kepala, pergerakan leher, dan sentuhan tangan-ke-muka lebih kerap terjadi.

Apabila disentuh embrio mengecilkan mata, menggerakkan rahang, menggenggam tangan, dan menuding dengan jari kakinya.

Capítulo 33   Fusión de los párpados

Antara 7 dan 8 minggu, kelopak atas dan bawah mata tumbuh cepat atas mata & separuh bercantum.

Capítulo 34   Movimiento respiratorio y micción

Walaupun tiada udara di dalam uterus, embrio menunjukkan gerakan bernafas sesekali setelah 8 minggu.

Ketika ini, ginjal menghasilkan air kencing yang dibebaskan ke dalam bendalir amnion.

Dalam embrio lelaki, testis yang membesar mula menghasilkan & membebaskan testosteron.

Capítulo 35   8 a 9 meses (32 a 36 semanas): formación de alvéolos, agarre firme, preferencias de sabor

Tulang, sendi, otot, saraf, dan salur darah anggota badan hampir menyerupai anggota orang dewasa.

Pada 8 minggu, epidermis, atau bahagian luar kulit menjadi membran pelbagai lapis, dan hilang kebanyakan sifat lut sinarnya.

Bulu kening & bulu di bahagian mulut muncul.

Capítulo 36   Resumen de las primeras 8 semanas

8 minggu menandakan berakhir tempoh embrio.

Ketika ini, embrio manusia telah membesar dari satu sel menjadi hampir 1 bilion sel yang membentuk lebih 4,000 struktur anatomik yang jelas.

Embrio kini memiliki lebih daripada 90% struktur ditemui pada orang dewasa.