Skip Navigation

National Geographic Society Este programa se distribuye en los Estados Unidos y Canadá por National Geographic y EHD. [obtenga más información]

DVD ilustrado plurilingüe

La biología del desarrollo prenatal


6 a 8 semanas


PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


 

Descargar versión en formato PDF  ¿Qué es PDF?
 

Desarrollo embrionario: 6 a 8 semanas

Capítulo 20   6 semanas: movimiento y sensación

Setelah 6 minggu hemisfera serebrum tumbuh lebih cepat daripada bahagian lain otak.

Embrio mula melakukan pergerakan spontan dan refleksif. Pergerakan sebegini perlu untuk menggalakkan perkembangan normal saraf otot.

Sentuhan pada mulut menyebabkan embrio menarik kepalanya secara refleksif.

Capítulo 21   Formación del oído externo y los glóbulos

Bahagian luar telinga mula terbentuk.

Setelah 6 minggu, pembentukan sel darah berlaku di dalam hati dan limfosit kini didapati. Jenis sel darah putih ini adalah bahagian utama sistem imun yang terbentuk.

Capítulo 22   Diafragma e intestinos

Diafragma, otot utama yang digunakan dalam pernafasan, kebanyakannya terbentuk setelah 6 minggu.

Sebahagian daripada usus kini menjulur sementara ke dalam tali pusat. Proses normal ini, dipanggil herniasi fisiologi, memberi ruang kepada organ lain berkembang di dalam abdomen.

Capítulo 23   Placas de las manos y ondas cerebrales

6 minggu, plat tangan jadi leper dan menonjol.

Gelombang otak dikesan seawal 6 minggu 2 hari.

Capítulo 24   Formación del pezón

Puting muncul di sepanjang tepi trunkus sebelum sampai ke lokasi akhir di atas bahagian depan dada.

Capítulo 25   Desarrollo de las extremidades

Setelah 6 1/2 minggu, siku telah ketara, jari-jari mula terpisah, dan pergerakan tangan dapat dilihat.

Pembentukan tulang, dipanggil osifikasi penulangan, bermula dalam klavikel, atau tulang selangka, dan tulang atas dan bawah rahang.

Capítulo 26   7 semanas: hipo y reflejo de sobresalto

Sedu dapat didengar setelah 7 minggu.

Pergerakan kaki kini dapat dilihat, begitu juga gerak balas seperti terkejut.

Capítulo 27   El corazón en maduración

4-kebuk jantung kini hampir lengkap. Kini jantung berdegup pada purata 167 kali seminit.

Aktiviti elektrik jantung pada 7 1/2 minggu menunjukkan paten gelombang sama seperti orang dewasa.

Capítulo 28   Ovarios y ojos

Bagi perempuan, ovari dikenal pasti pada 7 minggu.

Pada 7 1/2 minggu, retina mata berpigmentasi dapat dilihat dengan jelas dan kelopak mata mula tumbuh dengan pesatnya.

Capítulo 29   Dedos de las manos y de los pies

Jari tangan sudah terpisah dan jari kaki hanya bersambung di bahagian bawah.

Kedua-dua tangan kini boleh didekatkan, begitu juga dengan kaki.

Sendi lutut juga telah terbentuk.
6 a 8 semanas