Skip Navigation

National Geographic Society Este programa se distribuye en los Estados Unidos y Canadá por National Geographic y EHD. [obtenga más información]

DVD ilustrado plurilingüe

La biología del desarrollo prenatal




PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


 

Descargar versión en formato PDF  ¿Qué es PDF?
 

Desarrollo embrionario: 4 a 6 semanas

Capítulo 11   4 semanas: líquido amniótico

Setelah 4 minggu amnion jernih mengelilingi embrio dalam pundi berisi bendalir. Cecair steril ini dipanggil bendalir amnion, melindungi embrio daripada kecederaan.

Capítulo 12   El corazón en acción

Jantung lazimnya berdegup 113 kali seminit.

Perhatikan jantung bertukar warna apabila darah keluar masuk kebuk semasa ia berdegup.

Jantung akan berdegup lebih kurang 54 juta kali sebelum kelahiran dan melebihi 3.2 bilion kali sepanjang jangka hayat 80-tahun.

Capítulo 13   Crecimiento del cerebro

Pembesaran pesat otak terbukti dengan perubahan rupa otak depan, otak tengah, dan otak belakang.

Capítulo 14   Esbozos de las extremidades y piel

Perkembangan anggota atas dan bawah bermula bila tunas anggota muncul setelah 4 minggu.

Pada masa ini kulit bersifat lut sinar kerana ia hanya setebal satu sel.

Apabila kulit menebal, sifat lut sinarnya hilang, bermakna kita hanya dapat melihat perkembangan organ dalaman lebih kurang sebulan saja lagi.

Capítulo 15   5 semanas: hemisferios cerebrales

Antara 4 hingga 5 minggu, otak terus berkembang pesat dan dibahagikan kepada 5 bahagian ketara.

Kepala merupakan 1/3 jumlah saiz embrio.

Hemisfera serebrum muncul, beransur-ansur menjadi bahagian terbesar otak.

Fungsi yang akhirnya dikawal hemisfera serebrum termasuklah pemikiran, pembelajaran, ingatan, pertuturan, penglihatan, pendengaran, pergerakan sukarela, & penyelesaian masalah.

Capítulo 16   Vías respiratorias principales

Dalam sistem respirasi, tunjang utama kanan & kiri bronkus terbentuk dan akhirnya menyambungkan trakea, atau batang tenggorok, dengan peparu.

Capítulo 17   Hígado y riñones

Perhatikan hati yang besar memenuhi abdomen bersebelahan dengan jantung yang berdegup.

Ginjal kekal muncul setelah 5 minggu.

Capítulo 18   Saco vitelino y células germinales

Pundi yolka mengandungi sel pembiakan awal dipanggil sel germa. Setelah 5 minggu sel germa ini berpindah ke organ pembiakan bersebelahan ginjal.

Capítulo 19   Placas de las manos y cartílago

Setelah 5 minggu juga, plat tangan embrio tumbuh, & rawan mula terbentuk setelah 5 1/2 minggu.

Di sini kita dapat lihat plat tangan kiri & pergelangan tangan pada 5 minggu & 6 hari.