Skip Navigation

National Geographic Society Este programa se distribuye en los Estados Unidos y Canadá por National Geographic y EHD. [obtenga más información]

DVD ilustrado plurilingüe

La biología del desarrollo prenatal




PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


 

Descargar versión en formato PDF  ¿Qué es PDF?
 

Capítulo 41   4 a 5 meses (16 a 20 semanas): respuesta al estrés, vérnix caseoso, ritmos circadianos

Setelah 16 minggu, prosedur memasukkan jarum ke dalam abdomen fetus mencetus tindak balas hormon tekanan yang membebaskan noradrenalin, atau norepinefrin ke dalam aliran darah. Bayi & orang dewasa mempamerkan tindak balas sama terhadap prosedur yang mengganggu mereka.

Dalam sistem respirasi, batang bronkus kini hampir lengkap.

Sejenis bahan perlindungan berwarna putih, dipanggil verniks kaseosa, kini melindungi fetus. Verniks melindungi kulit daripada kesan rengsaan bendalir amnion.

Dari 19 minggu, pergerakan, pernafasan, dan kadar degup jantung fetus mula mengikut kitaran harian dipanggil ritma sirkadian.

Capítulo 42   6 a 7 meses (24 a 28 semanas): reflejo de parpadeo; las pupilas responden a la luz; olfato y gusto

Setelah 20 minggu, koklea, iaitu organ pendengaran, telah mencapai saiz organ orang dewasa dalam telinga dalaman yang telah terbentuk sepenuhnya. Mulai sekarang, fetus akan bertindak balas terhadap julat bunyi yang lebih besar.

Rambut mula tumbuh di atas kulit kepala.

Semua lapisan dan struktur kulit terbentuk, termasuk folikel dan kelenjar rambut.

Setelah 21 ke 22 minggu selepas persenyawaan, peparu berupaya sedikit untuk menyedut udara. Ini dianggap umur boleh hidup kerana ketika ini sesetengah fetus berupaya hidup di luar rahim. Kejayaan kaedah perubatan terkini membolehkan bayi yang lahir tidak cukup bulan terus hidup.